27.5.09

E-Learning

Kepada murid-murid Beacon. Kamu perlu lungsuri lelaman Nadi untuk Bulan Mei.

Klik dan cuba aktiviti-aktiviti ini.
Nadi Jauhari - Fikir-fikir
Nadi Budaya - Dongeng Warisan
Nadi Ria - Klik-klik dan Mari Menyanyi
Aktiviti manakah yang paling menarik? Mengapa?
Murid-murid P1, tuliskan jawapan kamu di buku Jurnal.
Murid-murid P2, taipkan jawapan kamu di http://www.beaconpsp.com/
Klik Forum, Aktiviti Nadi dan Drama 'Fantastic Mr. Fox'.
******SELAMAT BERCUTI******


















Peraduan Blog


Tahun lepas, Amirul Afif Qayyum daripada P 1.4 telah memenangi Peraduan Blogging anjuran Maktab Rendah Tampines. Tahniah, Qayyum!



Anda boleh melungsuri lelamannya di http://www.bb2008-qayyumadam.blogspot.com/

Robot Kami

Murid-murid juga membuat robot bersama-sama lalu bercerita mengenai pengalaman itu.

Lihat contoh cerita digital 'Robot Kami'.

Cerita Digital

Murid-murid mula-mula berjinak dengan bercerita secara digital setelah berdarmawisata ke Taman Haiwan. Mereka bercerita dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Main Peran

Murid-murid juga berpeluang main peran. Seronoknya dapat berlakon. Lagi-lagi, apabila skrin hijau bertukar menjadi latar belakang di tempat lain.





24.5.09

SALAM SEJAHTERA

Sekolah Rendah Beacon merupakan salah satu sekolah dalam projekFutureSchools@SG yang mengumpil kelebihan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia dibuka pada 2008 dengan 240 orang murid Darjah 1. Tahun ini, jumlah murid bertambah kepada 480 orang murid daripada Darjah 1 dan 2.

Lihatlah murid SR Beacon beraksi.






Menggunakan 'Tablet PC' dan papan putih berinteraktif

Strategi Kooperatif